PIHAK berkuasa menarik bangkai helikopter yang terhempas di Sungai Barito, wilayah Kalimantan Selatan kelmarin. - Berita Kaleng

Helikopter padam kebakaran hutan terhempas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kru tempatan maut, manakala dua warga New Zealand terselamat selepas sebuah helikopter digunakan dalam operasi memadam kebakaran terhempas di Sungai Barito wilayah Kalimantan Selatan, lapor agensi berita ANTARA semalam. 

Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) berkata, helikopter jenis H225 Super Puma dengan nombor pendaftaran VH-HGM itu terhempas ketika menjalankan operasi pengeboman air bagi memadamkan kebakaran hutan dan tanah. 

Ketua Pejabat Pencarian dan Pertolongan Banjarmasin, I Putu Sudayana berkata, mangsa terkorban ditemukan oleh pasukan penyelamat gabungan pada pukul 6.08 petang (waktu tempatan) berhampiran Kampung Tabatan. 

Mangsa dikenal pasti sebagai penduduk tempatan yang bertugas sebagai kru dan juruarah, Yayan Supyansuri.

“Mangsa ketiga ini ditemukan meninggal dunia. Mayatnya dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat Jenamas di daerah Barito Selatan, wilayah Kalimantan Tengah sebelum dipindahkan ke hospital di Banjarmasin untuk pemeriksaan perubatan lanjut,” kata Sudayana.

Dua mangsa terselamat dikenal pasti sebagai juruterbang bernama Hugh Pagi dan pembantunya merangkap jurutera penerbangan, Mick Betteridge. 

Kedua-dua mangsa merupakan warga New Zealand dan diselamatkan dari sungai sejurus selepas helikopter terhempas.

Pihak berkuasa berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN