fbpx
NPAS menafikan dakwaan helikopter miliknya sengaja membentuk imej alat sulit lelaki di ruang udara. – EPA

Helikopter buat ‘onar’ di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Polis Britain menafikan dakwaan sebuah helikopter miliknya sengaja melakukan corak penerbangan berbentuk alat kelamin lelaki di langit Hampshire, England, selepas laluan pesawat itu mencetuskan perhatian orang ramai, lapor saluran berita UPI.

Perkhidmatan Udara Polis Kebangsaan (NPAS) berkata, corak penerbangan yang kelihatan seperti lakaran kemaluan lelaki itu tidak disengajakan ketika helikopternya melakukan misi kepolisan.

Kejadian disedari penduduk Fleet di Hampshire, Gordon Bird, 53, semasa  memeriksa data laman web pemantauan penerbangan selepas bunyi helikopter itu mengganggu tidur anak perempuannya yang berusia dua tahun.

Bird berkata, helikopter itu berlegar-legar di ruang udara antara 15 hingga 20 minit pada pukul 11 malam (waktu tempatan), baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia terkejut mendapati laluan pesawat itu membentuk imej menyerupai kemaluan lelaki pada peta penjejakan penerbangan.

Dalam kenyataan kepada stesen penyiaran  BBC, NPAS memberitahu, penerbangan itu bagi  menyokong operasi Polis Lembah Thames (TVP).

Menurutnya, kru helikopter  melakukan beberapa pusingan di kawasan yang diarahkan untuk  mengesan sebuah kenderaan yang enggan berhenti selepas diarahkan oleh polis.

“Helikopter NPAS tidak mengikuti pelan penerbangan yang ditetapkan atau dirancang terlebih dahulu kerana sifat operasi yang dinamik serta keperluan bertindak balas yang sentiasa berubah serta tidak dapat diramalkan,” kata NPAS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN