KANOWIT – Rumah panjang di Tuai Rumah Seliau, Sungai Tuah, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi menyebabkan 24 keluarga tinggal sehelai sepinggang
Kebakaran dilaporkan berlaku pada pukul 1.39 pagi sebelum anggota bomba tiba di lokasi pada pukul 2.30 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi pemadaman dikendalikan anggota dari Balai
Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dengan bantuan anggota BBP Sibu Jaya.
“Kebakaran dikawal pada jam 3.53 pagi dan tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seramai 16 anggota bomba digerakkan ke lokasi dengan kekuatan dua jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah pikap bagi membantu operasi pemadaman.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
















