Pauline menunjukkan muruku hasil resipi warisan keluarga hampir 40 tahun lalu yang laris dalam sekelip mata.

Jual muruku laris macam pisang goreng panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tidak sampai beberapa jam berada di tapak jualan, muruku dibawa seorang suri rumah sempena sambutan Dee­pavali habis terjual.

Bagi P. Pauline, 36, sambutan menggalakkan itu dianggap rezeki buat keluarganya hasil usaha membantu suami, S Charles, 40, meneruskan perniagaan keluarga Kacang Putih Warisan Rembau yang berusia lebih 40 tahun.

Menurutnya, dia sudah 10 tahun bersama suami mengusahakan perniagaan berkenaan yang diasaskan bapa mentuanya, sebelum diambil alih suaminya.

Katanya, sebagai suri rumah, dia turut membantu suami dalam semua urusan termasuk menyediakan dan menghasilkan sendiri pelbagai jenis makanan ringan untuk dijual.

“Memang semua produk kami buat sendiri. Resipi pula dipelajari daripada ibu mentua dan sekarang saya juga mengajar anak-anak supaya dapat meneruskan perniagaan ini.

“Apabila tiba musim perayaan, permintaan meningkat dan saya anggap ia rezeki untuk kami sekeluarga,” katanya di Karnival Bazar Deepavali Little India di sini.

Pauline berkata, antara produk mendapat permintaan ialah muruku bawang, selain muruku biasa, muruku pedas halus, kacang putih yang dijual dalam lingkungan harga RM8 hingga RM13 mengikut berat.

Katanya, pengeluaran keseluruhan kami boleh mencecah le­bih 1,000 balang sehari, manakala jualan di sini terjual 200 balang sehari.

Katanya, perniagaan itu turut beroperasi sepanjang tahun menerusi kedai mereka di Seremban Jaya dibuka sejak setahun lalu.

Sebelum ini, mereka turut berniaga di Pasar Seremban dan Pasar Rembau, selain menyertai jualan di Little India sejak dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN