fbpx
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Masjid At-Taqwa, Kampung Beris Tok Ku, Setiu awal pagi tadi.

Masjid At-Taqwa Kampung Beris Tok Ku musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Penduduk Kampung Beris Tok Ku, di sini gempar selepas masjid perkampungan mereka musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi.

Kebakaran memusnahkan Masjid At-Taqwa yang berusia 38 tahun tersebut berlaku pada pukul 2.57 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Sarizan Mohamad Sapawi berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi berkenaan sebaik menerima maklumat kebakaran tersebut.

“Sewaktu kebakaran berlaku pada awal pagi tadi, tiada siapa berada di dalam masjid berkenaan.

“Api terlalu marak dan kebakaran hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.59 pagi,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Sarizan berkata, struktur Masjid At-Taqwa musnah kira-kira 90 peratus akibat kebakaran terbabit.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN