Raymond bersama isteri, Reshma yang menjadi tulang belakang kepada operasi Klinik Keluarga Dan Surgeri 24 Jam.

Raymond, isteri tawar khidmat kesihatan percuma buat OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Disebalik orang yang berjaya dalam kehidupan, pastinya mereka telah melalui pelbagai pengalaman yang mematangkan diri.

Begitu juga Pengarah Klinik Keluarga Dan Surgeri 24 Jam, Dr. Raymond Rony Pav. Kesungguhannya dalam membantu pesakit dibentuk daripada peĀ­ngalaman hidup yang pernah dilalui.

Membesar dalam keluarga yang berdepan kesukaran kewangan membuatkannya memahami kesukaran golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan kesihatan sewajarnya.

Raymond memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Sultan Ismail. Sepanjang berĀ­khidmat di hospital berkeĀ­naan, dia berpeluang mengendalikan pelbagai kes termasuk patah tulang, kanĀ­ser, kecederaan tisu dan masalah berkaitan sistem muskuloskeĀ­letal (struktur tubuh manusia).

Minat terhadap rawatan melibatkan pemulihan tisu membawanya meneroka bidang pembedahan plastik dan rekonstruktif di Hospital Sultanah AmiĀ­nah, dekat sini.

Pengalaman daripada kedua-dua bidang tersebut menjadi asas penting dalam membina kemahirannya untuk mengendalikan luka kompleks, kerosakan tisu dan kecederaan yang memerlukan penjagaan lebih teliti.

Pada 2014, Raymond mengambil langkah menubuhkan Klinik Keluarga Dan Surgeri 24 Jam bagi membuka lebih peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan, termasuk pesakit yang tidak berkemampuan.

Penubuhan klinik itu mendapat sokongan besar daripada isterinya, Dr. Reshma Prakash dan ibu mertua, khususnya dari segi kewangan pada peringkat awal operasi.

Kini, klinik berkenaan mempunyai dua cawangan di Johor.

Bagi Raymond, tanggungjawab seorang doktor tidak seharusnya terhenti selepas pesaĀ­kit menerima ubat atau menjalani prosedur rawatan, sebaliknya dia percaya hubungan baik antara doktor dan pesakit memainkan peranan penting dalam memahami keaĀ­daan sebenar seseorang individu.

Katanya, ada pesakit yang datang bukan semata-mata untuk mendapatkan rawatan fizikal, tetapi turut memerlukan ruang untuk berkongsi masalah serta mendapatkan pandangan.
Hati Raymond sering kali tersentuh apabila berhadapan pesakit warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang hidup bersendirian tanpa sokongan keluarga, justeru dia berusaha menyesuaikan rawatan mengikut kemampuan kewangan pesakit.

ā€œKami tidak mahu keadaan kewangan menjadi sebab seseorang tidak mendapat rawatan.

ā€œJika pesakit mempunyai bajet tertentu, kami akan berbincang dan mencari pilihan rawatan yang bersesuaian. Ada juga keadaan di mana pihak klinik membantu menanggung kos raĀ­watan, manakala pesakit hanya perlu menyediakan perbelanjaan ubat atau peralatan tambahan,ā€ katanya.

Selain menawarkan rawatan percuma kepada golongan OKU tertentu termasuk individu yang mempunyai masalah penglihatan, klinik berkenaan turut aktif membantu beberapa rumah kebajikan menerusi sumbangan makanan, susu dan pakaian.

Sementara itu, isteri Raymond, Reshma turut berpandangan sama. Kehilangan bapa, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia ketika berusia sembilan bulan menyebabkan dia dibesarkan oleh ibu tunggal bersama kakaknya.

Sebagai ibu kepada tiga anak, Reshma memberi perhatian terhadap kesejahteraan emosi dan kesihatan mental wanita. Sepanjang kerjayanya, dia bertemu ramai pesakit wanita, termasuk mereka yang melalui perceraian, hidup bersendirian dan berdepan tekanan emosi serta kemurungan.

Pengalaman itu mendorongĀ­nya untuk membantu wanita membina kekuatan diri dan menjalani kehidupan yang lebih stabil.

Minat serta pencapaiannya di luar bidang perubatan turut terserlah apabila dia meraih dua gelaran di Haut Monde Mrs India Worldwide 2024, iaitu Mrs India Worldwide Water 2024 dan Mrs India Worldwide South Asia 2024, sebelum dinobatkan sebagai 3rd Runner-Up Mrs Universe 2025.

Bersama Raymond, dia menyediakan konsultasi dan rawatan percuma kepada golongan kurang berkemampuan termaĀ­suk individu cacat penglihatan, pekak serta anak yatim.

Baginya, bantuan itu bukan sekadar tanggungjawab sebagai pengamal perubatan, sebalikĀ­nya lahir daripada pengalaman sendiri yang mahu dijadikan dorongan untuk meringankan beban orang lain.

Raymond menjelaskan, perkembangan klinik bukan sekadar diukur menerusi pertambahan pesakit atau cawaĀ­ngan, sebaliknya sejauh mana pihaknya mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Pendekatan sama turut diteĀ­rapkan dalam kalangan pasukan perubatan yang sentiasa digaĀ­lakkan supaya menambah ilmu serta memperkukuh kemahiran bagi mengendalikan pelbagai kes kesihatan.

ā€œPada masa sama, pesakit juga perlu memainkan peranan dalam proses pemulihan dengan mematuhi rawatan, menjaga pemakanan, mengawal paras gula dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat,ā€ ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN