OSLO – Seorang penyokong kelab bola sepak Norway, Bodo/Glimt dimasukkan ke hospital selepas sebahagian kawasan tempat duduk penyokong pelawat runtuh semasa perlawanan pasukan tersebut di Tromso, kata polis semalam.
“Empat orang disahkan terlibat, dengan seorang daripada mereka dibawa ke hospital,” kata polis.
Keluarga lelaki yang dimasukkan ke hospital itu memberitahu badan penyiar awam NRK bahawa dia mengalami patah tulang rusuk.
Insiden itu berlaku sejurus sebelum tamat separuh masa pertama perlawanan melibatkan Bodo/Glimt, yang bersaing dalam Liga Juara-Juara. – AFP
















