fbpx
ANTARA pekerja warga asing diperiksa dalam operasi sekitar Petaling Jaya, semalam. Foto MBPJ.

58 warga asing dicekup operasi MBPJ, Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 58 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) dalam operasi bersepadu membanteras perniagaan tanpa lesen dan penggajian warga asing tanpa kebenaran di sini, semalam.

Operasi yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu diketuai Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon dengan memberi tumpuan di kawasan Petaling Jaya Selatan dan Mutiara Damansara.

MBPJ dalam satu kenyataan berkata, operasi tersebut bertujuan memastikan pemilik premis sentiasa mematuhi syarat, peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan.

Menurutnya, MBPJ mengeluarkan sembilan kompaun, melaksanakan tujuh tindakan sitaan, menutup sebuah premis serta mengeluarkan lapan notis atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi berkenaan.

“Dalam operasi yang sama, JIM turut menahan 58 warga asing atas kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

MBPJ turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa serta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti tidak berlesen kepada pihak majlis.

Tambah MBPJ, kerjasama semua pihak penting bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian bandar raya Petaling Jaya sentiasa terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN