fbpx
KHALID (tengah), Datuk Seri Fahmi Fadzil (kiri) dan Cha Kee Chin pada sidang akhbar PH. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

PRN N. Sembilan: PH bimbang naratif ‘perpaduan ummah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) khuatir naratif ‘perpaduan ummah’ yang dibawa gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 boleh menimbulkan bibit perpecahan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, PH tidak menolak kepentingan perpaduan dalam kalangan umat Islam dan orang Melayu, namun asas serta tujuan perpaduan itu perlu dilihat secara lebih menyeluruh.

“Perpaduan yang dibina dengan mewujudkan pertembungan antara sesuatu kaum dengan kaum lain boleh memberi kesan buruk terhadap keharmonian masyarakat dan pembangunan negara,” katanya padang sidang akhbar PH oleh parti komponen PKR, Amanah dan DAP di sini hari ini.

Menurutnya, naratif berkenaan bukan sahaja menjadi cabaran dalam konteks pilihan raya, malah dikhuatiri memberi kesan lebih besar terhadap usaha membina sebuah negara yang bersatu padu.

“Apabila rakyat dikotak-katikkan mengikut kaum dan bangsa serta dilaga-lagakan, ia menjadi satu masalah.

“PH melihatnya sebagai satu ancaman bukan sekadar kepada pilihan raya, tetapi juga terhadap usaha membina perpaduan rakyat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN