fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Lelaki Bangladesh didakwa ‘sentuh’, tarik seluar 7 pelajar asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama di daerah ini pada Jun lalu.

Tertuduh, Islam Mohammad Shoriful, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua tujuh pertuduhan dibacakan dalam bahasa Bangladesh di hadapan Hakim Kamarul Aris Kamalluddin.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pelbagai perbuatan amang seksual fizikal terhadap pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Tertuduh juga didakwa telah menarik seluar beberapa mangsa sehingga mendedahkan bahagian punggung mereka.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 12 Jun 2026, kira-kira pukul 6 petang, di kawasan bilik mandi dan tempat membasuh asrama lelaki sebuah sekolah berasrama di daerah ini.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif, yang memohon agar jaminan tidak diberikan.

Mahkamah kemudian bersetuju untuk tidak membenarkan jaminan dan menetapkan tarikh 28 Ogos 2026 sebagai sebutan semula kes.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN