fbpx
Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Bekas pelajar kolej didakwa ‘sentuh’ pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pelajar kolej yang sedang menunggu keputusan untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang juga pelajar universiti pada bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Danish Mohd. Suhaimi, 22, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus pada pukul 10.30 malam, 6 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhamad Nasrul Syahmi Mohd Ariffin mewakili Mohamad Danish, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asymawi Ghazali

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga prosiding selesai.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN