fbpx
Muhammad Saifullah Ali (dua dari kanan) bersama ahli pemuda UMNO Pasir Puteh yang turut berkempen sempena PRN Negeri Sembilan.

Belum sesuai bentuk gabungan politik hadapi PRN N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Cadangan membentuk gabungan politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan masih belum sesuai kerana kerjasama yang terjalin ketika ini masih berada di peringkat awal dan belum mendapat sokongan padu di peringkat akar umbi.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Saifullah Ali berkata, semua pihak sama ada daripada UMNO atau rakan gabungan perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak mendahului proses yang masih belum dimuktamadkan.

“Saya tidak bersetuju dan berpendapat perkara itu masih belum relevan. Gabungan ini masih baharu dan sokongannya masih samar-samar.

“Saya berharap mana-mana pimpinan kita mahupun mereka jangan terlebih sudu daripada kuah,” katanya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Puteh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu gabungan Pas-Barisan Nasional (BN) yang tular di media sosial mutakhir ini.

Menurut beliau, walaupun menyokong usaha memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan parti-parti Melayu, perkembangan politik semasa menunjukkan momentum sokongan kini lebih memihak kepada BN.

“Saya menyokong gabungan Melayu, namun gelombang hari ini adalah gelombang BN. Saya tidak mahu gelombang ini dihakis dengan cara yang tidak jujur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN