PORT DICKSON – Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung, Islah Wahyudi Zainudin tampil dengan manifesto tujuh teras.
Antaranya penguatkuasaan secara adil, pemeliharaan warisan sejarah, pemartabatan bahasa Melayu, perlindungan peniaga kecil, kebebasan bersuara serta beberapa inisiatif lain yang disifatkan mampu mengembalikan jati diri Port Dickson.
Islah berkata, setiap tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan tanpa pilih kasih terhadap mana-mana kaum, agama atau golongan.
“Malah, saya sangat berbesar hati kalau diadakan debat antara semua calon DUN Seri Tanjung tentang sejarah dan identiti Port Dickson. Sebab, bukannya saya nak marah orang luar, tapi kalau dia (calon) datang ke sini dia boleh berdebat dengan saya,” katanya kepada pemberita di Stesen Keretapi Lama Dickson, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE














