fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Banggu, Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

Barangan kemas RM50,000, sembilan geran tanah hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang peniaga kek hanya mampu berputih mata selepas wang simpanan sebanyak RM15,000, wang barangan kemas bernilai RM50,000 dan sembilan keping geran tanah hangus dijilat api selepas rumah keluarganya terbakar Kampung Banggu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, Fatin Izyani Daud, 30, mendakwa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM600,000 apabila tidak dapat menyelamatkan semua barangan penting di dalam rumah.

Fatin Izyani berkata, dia yang tinggal seorang diri di rumahnya ketika kejadian sedang melipat pakaian sebelum terhidu bau hangit di kawasan belakang rumah berhampiran bilik bapa.

Katanya, dia kemudian melihat sebahagian siling berhampiran bilik bapanya runtuh sebelum api yang marak membakar keseluruhan rumah.

“Saya bergegas mencapai beg tangan yang berada di pintu dan sebelum membawa keluar kereta jenis Perodua Kelisa yang berada di kawasan depan rumah.

“Selain keseluruhan rumah terbakar, tiga buah pembakar kek, peti ais untuk menyimpan kek, tiga buah telefon bimbit, barang kemas bernilai lebih RM50,000 dan sembilan keping geran tanah turut hangus dijilat api,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Fatin Izyani memberitahu, dia mengesyaki kebakaran tersebut berpunca daripada litar pintas kerana fius utama di rumah itu sudah lama.

Sementera itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Mohd. Faizul Anuar Mohd. Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.44 tengah hari sebelum mendapati kebakaran itu melibatkan dua buah rumah, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Avanza dan dua buah motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN