fbpx
Gambar hiasan.

Amaran hujan lebat di 9 negeri hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak Sabah dan Labuan hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Gua Musang).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut), Selangor (Hulu Selangor dan Gombak) dan Johor (Mersing),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Sarikei (Julau), Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).

Cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN