fbpx
Tuanku Zara (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Pendidik Global (Global Educator Award - GEA) 2026 di Dewan Tuanku Canselor, UPSI di Tanjung Malim malam ini.

Lapan pendidik terima anugerah GEA 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan hadiah kepada lapan pemenang Anugerah Pendidik Global (Global Educator Award – GEA) 2026 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini malam ini.

Kelapan-lapan pemenang tersebut ialah Prof. Madya Dr. Jayanthi Arasan (Malaysia), Dr. Mahdi Kolahi (Iran), Peter Mokaya Tabichi (Kenya), Prof. Madya Dr. Evania Yafie (Indonesia) dan Dr. Roslinda Alias (Malaysia).

Tiga lagi penerima ialah Siti Ainulmursyida Shamsudin (Malaysia), Kashmira Jaiswal (India) dan Chan Hung dari Hong Kong.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, suara pendidik perlu didengar kerana mereka lebih memahami cabaran yang dihadapi di dalam bilik darjah dan universiti.

“Pengalaman dan idea mereka adalah penting dalam membentuk dasar pendidikan yang lebih baik.

“Kecemerlangan dalam pendidikan tidak sepatutnya diukur melalui pencapaian akademik atau penarafan institusi semata-mata,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, seorang pendidik yang hebat ialah mampu memberikan impak terhadap kehidupan manusia.

“Kemajuan pesat dalam bidang pengetahuan dan teknologi, dunia kita terus berdepan dengan konflik, ketegangan dan perpecahan.

“Ini mengingatkan bahawa ilmu pengetahuan sahaja tidak mencukupi. Kita juga memerlukan kebijaksanaan, pemahaman, dan nilai kemanusiaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN