fbpx
Jalan Gua Musang-Jelawang dekat Bukit Subong, Gua Musang dinaiki air susulan hujan lebat awal pagi tadi. FOTO IHSAN PENDUDUK

Hujan lebat, beberapa jalan di Gua Musang dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir dan beberapa laluan utama ditenggelami air sehingga mengakibatkan pengguna jalan raya terkandas.

Kawasan terjejas antaranya Kampung Batu 2, Kampung Batu 5, Kampung Batu 6 dan Jalan Gua Musang-Jelawang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang, Datuk Mohd. Roshdi Ismail berkata, beberapa kawasan sekitar daerah ini dinaiki air susulan hujan lebat yang berlaku awal pagi tadi.

Katanya, pihaknya sudah turun ke lokasi bagi meninjau keadaan dan mengambil langkah sewajarnya selain mendapatkan bantuan agensi berkaitan sekiranya terdapat penduduk terjejas yang perlu dipindahkan.

“Difahamkan, kawasan Kampung Batu 2, Batu 5 dan Batu 6 berlaku banjir susulan hujan lebat pada awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, pengguna jalan raya, Alwi Manah, 52, berkata, jambatan Bukit Subong di Jalan Gua Musang-Jelawang sudah ditenggelami air ketika dia tiba di lokasi kira-kira pukul 6.50 pagi tadi ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Katanya, paras air yang tinggi menyebabkan laluan itu tidak selamat dilalui kenderaan ringan sehingga beberapa kenderaan terkandas.

“Sepanjang lebih 10 tahun bekerja sebagai pemandu lori, ini kali pertama air sungai melimpah sehingga menenggelamkan jambatan berkenaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN