fbpx
Lebuh Raya Persekutuan ditenggelami banjir susulan hujan lebat sejak pukul 1 pagi tadi.

[VIDEO] Hanya jalan udara tidak sesak di Shah Alam pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa laluan utama di Shah Alam dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas susulan hujan lebat yang melanda kawasan itu pagi ini.

Keadaan tersebut turut menjejaskan pergerakan pengguna jalan raya yang mahu memasuki Shah Alam dari arah Lebuh Raya Guthrie.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang pengguna menyifatkan keadaan trafik ketika ini seolah-olah hanya laluan udara yang tidak sesak.

“Yang nak masuk Shah Alam dari Guthrie boleh dah fikir jalan lain. Laluan udara je yang tak jem. Langit macam nak hujan lagi tu,” katanya.

Sementara itu, pengguna media sosial, shahidrgrs memaklumkan laluan keluar Shah Alam di Lebuh Raya Persekutuan turut mengalami limpahan air.

“Federal Highway is slightly flooded at the Shah Alam exit,” katanya.

Situasi banjir itu turut mengundang simpati terhadap penunggang motosikal, khususnya penghantar makanan yang terjejas akibat kenderaan ditenggelami air.

“Aduh sakitnya yang ada beg Grab tu. Job dah la susah dapat, motor pula tenggelam,” luah seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, hujan dijangka kembali melanda Shah Alam sekitar pukul 11 pagi berdasarkan perkongsian pengguna media sosial berkenaan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati, mengelakkan laluan yang dinaiki air dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN