fbpx
Keadaan kawasan rumah penduduk di Kampung Batu 5, Gua Musang yang dinaiki air susulan hujan lebat awal pagi tadi.

Hujan lebat, tiga keluarga berlindung PPS di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Gua Musang dibuka susulan hujan lebat melanda daerah ini awal pagi tadi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, sebanyak tiga keluarga membabitkan 11 orang mangsa berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu 5 di sini setakat pukul 9.30 pagi meskipun cuaca hujan sudah berhenti di kawasan tersebut.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan, amaran cuaca itu membabitkan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Barat Daya dan Timor Laut).

Cuaca sama juga diramal melanda Perak (Kampar, Kinta, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hulu Perak, Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak), Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Kemaman dan Dungun). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN