fbpx
TRUMP (kanan) dan Netanyahu berjabat tangan ketika tiba untuk bercakap kepada wartawan semasa sidang akhbar bersama di kediaman Trump di Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida, pada 29 Disember 2025. - AFP

AS tamatkan bantuan tahunan RM15 bilion kepada Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam mengumumkan bahawa Washington akan menamatkan bantuan tahunannya sebanyak AS$3.8 bilion (RM15 bilion) kepada Israel.

Pengumuman itu dibuat pada hari pilihan raya pertengahan penggal di mana isu sokongan terhadap Israel menjadi topik perdebatan hangat.

“Kita memberi Israel AS$4 bilion (RM16 bilion) setahun, dan kita telah mencapai persetujuan beberapa bulan lalu bahawa kita akan menghentikannya,” kata Trump dalam temu bual telefon bersama Fox News.

Trump menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ‘bersetuju’ dengan keputusan untuk menamatkan bantuan tersebut.

Di bawah perjanjian berkenaan, Israel menerima bantuan kewangan untuk pembelian senjata bernilai kira-kira AS$3.8 bilion setahun.

“Kini kita akan membantu Israel jika mereka memerlukannya.

“Israel ialah sebuah negara yang sangat makmur. Mereka tidak memerlukannya,” katanya.

Pengumuman itu dibuat ketika rakyat Amerika keluar mengundi dalam pilihan raya pertengahan penggal yang penting bagi menentukan kawalan Kongres untuk baki dua tahun pentadbiran Trump, dan tidak lama selepas pilihan raya parlimen di Israel yang tidak menghasilkan pemenang yang jelas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN