fbpx
Gambar yang dimuat naik DBKL di Facebook hari ini.

DBKL bertindak sebelum pokok ragut nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus komited melaksanakan kerja-kerja mitigasi pokok bandar di beberapa lokasi sekitar ibu kota bagi mengurangkan risiko bahaya dan meningkatkan keselamatan awam.

DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan pokok secara sistematik itu diberikan tumpuan di beberapa kawasan Parlimen antaranya Bukit Bintang, Lembah Pantai dan Batu bagi minggu ini.

Menurutnya, antara lokasi yang terlibat merangkumi Selera Medan Bunus (Lestari Niaga), Jalan Pantai Murni dan Jalan Pantai Permai di Pantai Dalam serta Jalan Haji Salleh, Jalan Sinar Sentul dan Depoh Tunda JPK di Jalan Sentul.

“Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan DBKL dalam memastikan pokok-pokok bandar sentiasa berada dalam keadaan baik, sekali gus mengurangkan risiko kejadian yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan warga kota,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, DBKL turut menasihati orang awam agar sentiasa mematuhi arahan keselamatan dan papan tanda yang diletakkan di lokasi kerja bagi memastikan operasi berjalan lancar.

“Orang ramai disaran sentiasa mematuhi arahan keselamatan serta papan tanda di kawasan kerja bagi memastikan operasi berjalan lancar dan selamat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN