fbpx
Ahmad Zahid memeriksa kawalan kehormatan ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Imigresen 2026 di Cyberjaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Imigresen gagal kesan 19 individu terlibat operasi Network School

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Jabatan Imigresen mengesahkan belum berjaya mengesan seramai 19 individu yang dikaitkan dengan operasi Network School di Forest City, Johor.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kegagalan mengesan individu berikutan mereka mungkin masuk dan keluar dari negara ini tanpa laluan sah.

“Kita ada 19 orang yang tidak dapat dikesan pergerakannya. Mungkin mereka keluar secara tidak sah ataupun mereka juga masuk secara tidak sah.

“Jadi, itu yang telah kita kenal pasti, yang ini kita akan buat siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Sambutan Hari Imigresen 2026 di sini tadi. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, isu operasi Network School di Forest City menjadi perhatian selepas Kerajaan Johor menyuarakan kebimbangan berhubung dakwaan terdapat warga Israel menyertai program berkenaan.

Kontroversi itu tercetus selepas beberapa pengguna media sosial mempersoalkan kehadiran Network School dengan ada hantaran mendakwa projek berkenaan menarik penyertaan usahawan asing termasuk warga Israel yang menggunakan pasport negara kedua.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, seramai 430 individu dikesan terrlibat dengan aktiviti Network School berdasakan data yang diperoleh Jabatan Imigresen.

Katanya, pihaknya juga telah menjalankan pemeriksaaan terhadap 379 warga asing yang dikaitkan dengan operasi berkenaan.

“Kita kenal pasti 210 orang masih berada di Malaysia, manakala 201 orang telah dikesan keluar dari negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Imigresen turut bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani isu berkaitan Network School. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN