fbpx
Percutian menaiki kapal mewah menyusuri Sungai Mekong melalui Boheme by Mekong pastinya bakal meninggalkan memori percutian yang unik dan menerujakan.

Minor Hotels fokus pasaran Asia Tenggara untuk pertumbuhan jangka panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kumpulan Minor Hotels melihat pasaran Asia Tenggara memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan perniagaannya untuk jangka masa  panjang lantas mahu memfokuskan kepada usaha untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para tetamunya.

Pandemik Covid-19 telah mengubah strategi pengembangan syarikat yang sebelum ini memiliki banyak hotel terpaksa ditutup, kini memulakan inisiatif unik untuk mencari peluang baharu untuk meneroka pasaran di rantau berpotensi ini.

Pengarah Kanan kumpulan Mark Thompson berkata,  setiap perancangan terbaharu Minor Hotel dalam beberapa negara untuk pembukaan hotel mewah di bawah jenama Anantara untuk memenuhi keperluan peminat dan tetamunya.

“Thailand adalah antara negara pilihan Kumpulan untuk mengembangkan asas perniagaan dan kami memfokuskan kepada destinasi  pelancongan terkenal seperti di Hua Hin yang mana Anantara Hua Hin dijenamakan dengan wajah baharu bersesuaian dengan persekitaran semasa dan kehendak pelancong tempatan serta global.

“Turut mendapat sentuhan terbaharu adalah Anantara Siam Bangkok Hotel yang menyerlahkan kemewahan sambil mengekalkan warisan tradisional bagi menawarkan pengalaman terbaik kepada tetamu kami,” katanya dalam satu sesi ramah mesra dan penerangan kepada petugas media tempatan di sini baru-baru ini.

Beliau yang berkhidmat di pejabat Kumpulan di Bangkok lebih daripada 10 tahun itu turut  ditemani Pengarah Kanan Minor Hotels, Elisa Grimaldi memperincikan pelbagai perancangan baharu Kumpulan dalam industri perhotelan yang sedang meningkat naik kini.

Minor Hotels kini memiliki lebih daripada 640 hotel, resort dan juga residen mewah di bawah pengoperasian Kumpulan di lebih 66 buah negara.

Kumpulan tersebut pastinya terkenal dalam kalangan pelancongan melalui jenama hotelnya seperti Anantara, Elewana Collection, The Wolseley Hotels, Tivoli, Minor Reserve Collection, NH Collection,nhow, Avani, Colbert Collection, NH, Oaks dan iStay.

Ia juga turut meliputi portfolio lain dalam bidang restoran, bar dan spa. 

Di Malaysia, Minor Hotels mengoperasikan  Anantara Desaru Coast Resort & Villas yang menawarkan pengalaman percutian mewah dan mendamaikan yang menjadi kegemaran pelancong tempatan dan juga dari negara jiran iaitu Singapura.

Selain itu, Kumpulan juga mahu mempromosikan destinasi unik di Chiangrai, Thailand iaitu Anantara Golden Triangle Elephant Camp & Resort, khususnya kepada pencinta haiwan yang mahu merasai pengalaman unik bercuti dalam keadaan persekitaran hijau yang mendamaikan tetapi tetapi mengekalkan premium dan kemewahan tersendirinya.

Grimaldi menjelaskan, untuk perancangan Kumpulan di Vietnam, Hotel Avani telah dibuka di Luang Prabang dan pastinya pakej bercuti di atas kapal di bawah pakej Boheme by Mekong Kingdoms pastinya menawarkan satu pengalaman yang menerujakan.

Perjalanan menyusuri Sungai Mekong dalam beberapa hari yang ditetapkan, pastinya akan menjadi pilihan kepada pelancong yang suka kepada pengembaraan menaiki bot mewah, lain dari yang lain. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN