SOMPORN memilih untuk mengadakan majlis hari jadi di sebuah tanah perkuburan di Buriram, Thailand. – THAIGER

Lelaki sambut hari jadi di tanah perkuburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK –  Seorang lelaki di Buriram menyambut ulang tahun kelahiran  ke-47 dengan mengadakan parti untuk anggaran 4,000 roh (menurut kepercayaan tempatan) di sebuah tanah perkuburan semalam, yang didedikasikan untuk individu meninggal dunia tanpa sanak saudara.

Somporn Iran  yang merupakan pemilik kedai tayar, membelanjakan lebih 30,000 baht (RM3,800) untuk sambutan hari jadi di tanah perkuburan Yayasan Sawang Janyatham, dengan sokongan daripada penderma lain.

Berbanding majlis ulang tahun kelahiran tradisional, dia mengatur jamuan gaya masyarakat  Cina dengan menyediakan  makanan, pencuci mulut dan minuman, bersama-sama trak konsert bergerak yang menampilkan penyanyi dan penari.

Tiga skrin wayang luar disediakan, manakala rumah permainan kembung, gelongsor dan aktiviti melukis anak patung disediakan untuk roh kanak-kanak yang telah meninggal dunia, selaras dengan kepercayaannya.

Somporn berkata, dia memilih tanah perkuburan  kerana setiap orang menghadapi keadaan hidup yang berbeza.

Ada yang mempunyai keluarga untuk menjaga mereka, manakala yang lain meninggal dunia tanpa ada sesiapa untuk menyediakan kain kapan sekalipun.

Ini merupakan kali kedua Somporn menganjurkan sambutan sedemikian, dan berhasrat untuk terus mengadakan acara serupa jika ada kemampuan kewangan di masa hadapan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN