SEORANG pelancong Amerika mati selepas lehernya dikunci petarung MMA semasa pergaduhan di sebuah hotel di Bangkok semalam. – KHAOSOD

Silap tunjuk samseng, pelancong Amerika maut leher dikunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang petarung seni bela diri campuiran(MMA) menyerang hingga mati seorang warga Amerika di luar sebuah hotel di Bangkok semalam, dengan mendakwa dia bertindak untuk mempertahankan diri, lapor laman berita Thaiger

Pegawai dari Balai Polis Khlongtan dimaklumkan mengenai serangan maut itu sekitar pukul 8.40 pagi(waktu tempatan). Konfrontasi berlaku di luar sebuah hotel di kejiranan Phra Khanong dalam daerah Khlong Toei.

Si mati dikenal pasti sebagai  warga Amerika Syarikat berusia 46 tahun  yang namanya dirahsiakan. Seorang lagi lelaki yang terlibat merupakan warga Itali berusia 39 tahun, dilaporkan  petarung MMA. Dia  kekal di lokasi  kejadian untuk memberi keterangan  kepada  polis.

Menurut pekerja hotel yang disoal siasat,  lelaki Amerika itu bertengkar dengan kakitangan kaunter penerimaan tetamu apabila warga  Itali itu tiba dan menuju ke arah lif.

Lelaki Itali itu memasuki lif tanpa mencampuri perselisihan faham di kaunter penerimaan tetamu. Bagaimanapun, lelaki Amerika itu dilaporkan menghampiri dan menariknya keluar, lalu mencetuskan pergaduhan.

Menurut laman berita KhaoSod  lelaki Itali itu kemudian  mengunci leher warga  Amerika tersebut dengan jurus dikenali sebagai ‘rear naked choke’, sehingga dia tidak sedarkan diri. 

Pekerja hotel memanggil petugas penyelamat, yang cuba memberikan bantuan pernafasan di tempat kejadian. Bagaimanapun, mereka gagal memulihkan lelaki Amerika itu.

Warga Itali itu memberitahu polis bahawa dia bertindak untuk melindungi dirinya semasa pergaduhan  tersebut. Namun, polis menuduhnya melakukan pembunuhan dan terus menyiasat keadaan di sebalik  kematian lelaki Amerika itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN