fbpx

Ugut bunuh Teresa Kok: Dua individu beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teresa Kok menunjukkan surat ancaman serta dua butir peluru yang ditemui dalam peti surat kediamannya, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berhubung surat ugutan dan dua butir peluru yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di kediamannya di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian tersebut.

“Kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan. Kita merakam keterangan dua saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Rusdi mengesahkan menerima laporan berhubung kes ugutan melibatkan Teresa dan satu kertas siasatan turut dibuka.

Siasatan awal mendapati sampul surat yang dikirim itu mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan peluru. Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan lerana menakutkan secara jenayah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI