Kompleks Mahkamah Shah Alam. Gambar hiasan

Kes seludup dadah: Tiga pegawai TUDM tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

SHAH ALAM – Enam individu termasuk tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini, bagi berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Kesemua mereka tiba pukul 8.08 pagi dengan trak polis sebelum dibawa masuk ke lokap melalui pintu belakang kompleks mahkamah.

Mereka dikawal ketat beberapa anggota polis berkelengkapan taktikal.

Enam individu itu sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti penyeludupan dadah menggunakan aset TUDM.

Kosmo! semalam melaporkan seramai enam individu termasuk tiga pegawai TUDM akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini berhubung kes penyeludupan dadah yang dipercayai menggunakan aset ketenteraan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, keputusan mendakwa keenam-enam suspek itu dibuat selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Menurut beliau, tiga lagi individu yang bakal didakwa merupakan orang awam, manakala tiga suspek lain ialah pegawai TUDM.

Katanya, kesemua suspek berkenaan akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 27 November 2026.

Kes itu terbongkar susulan operasi bersepadu JSJN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Cawangan Provost Marshal TUDM yang dijalankan dari 17 hingga 19 November lalu.

Operasi berkenaan menyaksikan seramai 13 individu ditahan, terdiri daripada tujuh pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah berkenaan.

Sementara itu, tujuh lagi suspek akan dikenakan tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN