fbpx

Jemaah kanak-kanak ceria terima duit raya RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lebih 200 kanak-kanak beratur panjang untuk menerima duit raya daripada kariah dewasa di Masjid Tertak Batu, Marang hari ini.

MARANG – Lebih 200 kanak-kanak yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tertak Batu di sini hari ini pulang dengan tersenyum lebar masing-masing menerima duit raya hampir RM100.

Pengerusi Masjid Tertak Batu, Shafiee Mat Noor berkata, pemberian duit raya kepada jemaah kanak-kanak tersebut merupakan tradisi masjid tersebut sejak sekian lama.

“Kebanyakan perantau yang pulang beraya selalunya berniat memberi duit raya kepada kanak-kanak yang menunaikan solat sunat Aidilfitri.

“Sesudah solat sunat Aidilfitri. kanak-kanak terbabit akan beratur panjang di pekarangan masjid untuk menerima duit raya tersebut,” katanya ketika ditemui di Masjid Tertak Batu di sini hari ini.

Shafiee berkata, kebiasaannya setiap kanak-kanak tersebut menerima purata RM100 daripada kariah masjid tersebut setiap pagi raya.

Beliau berharap tradisi tersebut dapat menceriakan kanak-kanak pada 1 Syawal sekali gus menjadi perangsang kepada mereka untuk terus mengimarahkan masjid.

Salah seorang kariah, Amy Arizi Rafaizal Amaram, 36, memberitahu dia menyediakan RM350 untuk diagihkan kepada 200 kanak-kanak yang bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Tertak Batu.

Seorang kanak-kanak, Darwish Haiqal Ahmad Azim, 9 pula ceria menerima duit raya keseluruhan hampir RM100 dan tidak sabar pulang ke rumah menunjukkan kepada ibunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI