fbpx
Salah satu klip video memaparkan seorang lelaki tempatan mengusik seorang kanak-kanak warga asing di Kampung Losong Masjid, Kuala Terengganu.

Video tular usik kanak-kanak warga asing berlaku 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Siasatan polis mendapati beberapa klip video seorang lelaki tempatan mengusik dan mengejar dua kanak-kanak warga asing yang tular di media sosial sebenarnya berlaku dua tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, semakan mendapati kejadian tersebut sebenarnya berlaku di Kampung Losong Masjid di sini pada 28 Mac, 10 Mei dan 25 Disember 2024.

“Dia mendakwa kanak-kanak warga asing itu sering bermain di kawasan jeti kampung berkenaan sehingga mengganggu peralatan dan bot miliknya.

“Sehubungan itu, dia bertindak mengusik serta mengejar dua kanak-kanak bagi memberi pengajaran namun perbuatannya telah dirakam rakannya sebelum dimuat naik sebagai kandungan aplikasi TikTok baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, lelaki tempatan itu tidak menyangka klip video yang dimuat naik berkenaan menjadi tular sehingga mendapat kecaman ramai netizen.

Beliau berkata, setakat ini, tiada laporan polis berhubung penyebaran klip video tersebut.

“Individu (yang mengusik kanak-kanak warga asing dan memuat naik video) juga telah dinasihati agar tidak mengulangi perbuatan sama lagi.

“Orang ramai diingatkan agar lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial bagi mengelakkan penyebaran kandungan yang boleh menimbulkan keresahan atau mengganggu ketenteraman awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN