fbpx
Anwar ketika hadir ke program “Melangkah Bersama Madani: Wanita Beriman, Wanita Bertahan” yang menghimpunkan penyertaan wanita dari seluruh Sabah hari ini.

Wanita tonggak kekuatan negara, jangan dipinggirkan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Golongan wanita tidak boleh dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara kerana mereka merupakan antara tunjang utama dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya tahan bagi menjayakan aspirasi Malaysia Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wanita memainkan peranan besar sebagai tonggak kekuatan keluarga, masyarakat dan negara, justeru sumbangan mereka perlu terus diperkasakan.

Menurut beliau, pembangunan negara yang mampan memerlukan penglibatan aktif wanita dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial.

“Wanita sentiasa menjadi antara kekuatan utama dalam membentuk generasi yang mempunyai nilai ihsan, ilmu pengetahuan dan akhlak yang tinggi.

“Justeru, mereka tidak boleh diketepikan dalam usaha membangunkan negara kerana peranan mereka amat penting dalam mencorakkan masa depan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program “Melangkah Bersama Madani: Wanita Beriman, Wanita Bertahan” yang menghimpunkan penyertaan wanita dari seluruh Sabah hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan bahawa setiap insan pasti akan berdepan dengan cabaran dan ujian kehidupan yang pelbagai.

Katanya, setiap ujian perlu ditempuh dengan penuh hikmah, kesabaran dan keteguhan jiwa berpandukan ajaran Islam serta mencontohi keperibadian para nabi dan insan soleh.

“Dengan panduan Allah SWT, kekuatan iman, penguasaan ilmu dan keutuhan akhlak akan menjadi bekalan penting untuk menghadapi segala cabaran kehidupan.

“Nilai-nilai ini juga penting dalam membina keluarga yang sejahtera, masyarakat yang berdaya tahan serta negara yang maju dan bermaruah,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menzahirkan penghargaan kepada semua peserta program tersebut atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan dalam memperkukuhkan peranan wanita di Sabah dan negara secara keseluruhannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN