PETALING JAYA – Satu rakaman memaparkan tempat duduk penonton yang terletak betul-betul di tepi padang sambil menikmati hidangan makanan ketika perlawanan persahabatan England menentang Costa Rica di Stadium Inter&Co, Orlando, Amerika Syarikat mencuri perhatian netizen.
Perkongsian Threads oleh @Mohamadnaims itu memaparkan beberapa penonton sedang menjamu selera hanya beberapa meter dari garisan padang ketika perlawanan berlangsung.
Menurutnya, dia menyifatkan tempat duduk itu lebih mewah berbanding kerusi VIP biasa kerana penonton bukan sahaja dapat menyaksikan perlawanan dari jarak dekat, malah turut disediakan hidangan makanan.
“Ingatkan VIP seat tu dah mewah, rupanya ada lagi mewah ni, seat siap pakej makan tepi padang wei,” ujarnya.
Seorang pengguna, @Alifaiziat berpendapat kedudukan meja makan yang terlalu hampir dengan padang mungkin menyukarkan penonton menikmati aksi perlawanan.
“Kalau nak lebih seronok, patutnya orang yang makan tu duduk atas sikit. Baru nampak perlawanan. Kalau macam ni, apa saja yang nampak,” katanya.
Seorang lagi pengguna, @Dinezyz_ pula menyamakan suasana itu seperti sedang melepak di kedai mamak sambil menonton perlawanan.
“Alamak, mereka buat macam lepak mamak,” katanya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














