fbpx
Ratusan etnik Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling, semalam bakal diambil tindakan pihak berkuasa.

110 pelarian Rohingya berkumpul hadapan UNHCR diambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengambil tindakan penguatkuasaan susulan kehadiran lebih 100 pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini, semalam.

JIM Kuala Lumpur dalam kenyataan menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Menurut kenyataan itu, seramai 110 individu diperiksa terdiri daripada 35 lelaki, wanita (22) kanak-kanak lelaki (29), kanak-kanak perempuan (23) warga Myanmar dan seorang wanita warga Indonesia.

“Kesemua individu telah dialihkan ke lokasi yang bersesuaian bagi membolehkan proses saringan, pemeriksaan dan pengesahan status dilaksanakan secara teratur.

“Mana-mana individu yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya hari ini.

Katanya, bagi individu yang mendakwa memiliki dokumen UNHCR, pengesahan status akan dilaksanakan.

“Status sebagai pelarian bukan alasan untuk mengganggu ketenteraman awam, mencetuskan keresahan atau melanggar undang-undang negara,” jelasnya.

Sebelum ini, ratusan etnik Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling dipindahkan ke IPK Kuala Lumpur malam tadi bagi menjalani proses dokumentasi dan pengesahan identiti.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahkan pemindahan semua warga asing terbabit.

Terdahulu, Kosmo melaporkan seramai kira-kira 200 etnik Rohingya yang menetap di perkampungan nelayan Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara Pulau Pinang dipercayai telah dipindahkan dari kawasan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN