JAKARTA – Satu klip video tular di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan memaparkan orang ramai menunaikan solat sunat Aidiladha dengan bercampur saf antara lelaki dan perempuan.
Kejadian dirakam di halaman Masjid Raya Makassar, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @makassar_iinfo menunjukkan sejumlah lelaki dan wanita mendengar khutbah selepas selesai menunaikan solat secara berjemaah di pekarangan sebuah masjid.
Selain bercampur saf, penduduk tempatan hanya membiarkan perkara itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 775,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Apa fungsi pengurus masjid?” kata seorang netizen.
“Seharusnya pihak masjid kerahkan seorang petugas untuk memisahkan jemaah lelaki dan wanita,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














