fbpx
Mohamad Azimi Kassim, salah seorang petani tempatan yang menyertai Kelab Cili Nestlé.

Nestlé Malaysia dan komitmen terhadap kualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAMA lebih 100 tahun, jenama Nestlé telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.

Baik secawan MILO yang diminum setiap pagi sebelum pergi ke sekolah, mahupun semangkuk mi MAGGI lazat atau segelas NESCAFÉ panas yang dikongsi bersama kawan-kawan, hidangan yang dekat di hati ini mengisi rumah rakyat Malaysia di seluruh negara.

Semua makanan kegemaran ramai ini dihasilkan dengan komitmen tinggi terhadap kualiti, yang menjadi teras DNA Nestlé Malaysia.

Setiap produk dihasilkan melalui proses rapi, daripada ramuan yang ditanam secara bertanggungjawab hingga makanan disajikan di atas me­ja, dengan keselamatan maka­nan diberi keutamaan pada setiap peringkat.

Seperti yang ditekankan oleh Per­tubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan yang selamat dan berkhasiat ialah asas kepada ke­si­ha­tan yang baik. Nestlé Malaysia ber­pegang pada prinsip ini bagi me­mastikan setiap produk Nestlé dapat dinikmati dengan fikiran yang tenang.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, “Sejak 1912, jenama-jenama kami telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.

“Ini merupakan satu tanggungjawab besar untuk dipikul. Daripada memperolehi ramuan kepada membekalkan produk berkhasiat dan berperisa lazat kepada isi rumah di seluruh negara, keselamatan makanan dan kualiti terus menjadi teras janji Good Food, Good Life kami.

“Komitmen ini dilanjutkan ke setiap peringkat rantaian nilai, bermula dengan pembekal dan kemudian melibatkan proses pembuatan, penggudangan, pengedaran dan penghantaran, memastikan produk yang dikenali dan diyakini oleh rak­yat Malaysia dihasilkan berpandukan piawaian tertinggi setiap hari.

“Kilang-kilang di Malaysia merupakan sebahagian daripada ekosistem pembuatan paling kompleks dan menyeluruh dalam dunia Nestlé. Jaminan kualiti dalam rantaian nilai kompleks ini menjadi keutamaan dan tiada tolak ansur dalam hal ini.”

Juan Aranols (tengah) bersama Xolile White (kanan) dan Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Kopi, Nestlé Malaysia, Raef Labaki memantau proses kawalan rapi di Kilang Nestlé Sri Muda.

Kualiti bermula daripada sumber

Produk bermutu tinggi bermula dengan ramuan bermutu tinggi, yang dihasilkan berasaskan kerjasama dengan pembekal, peladang dan komuniti pertanian.

Menerusi program Farmer Connect, Nestlé Malaysia bekerjasama rapat dengan para peladang tempatan untuk menambah baik amalan pertanian, meningkatkan kualiti tanaman dan membina bekalan ramuan tempatan yang lestari, termasuk cili, beras, koko dan kopi.

Inisiatif-inisiatif ini membantu menambah baik tahap konsistensi dan keupayaan penjejakan di seluruh rantaian bekalan, selain turut menyumbang kepada keterjaminan makanan Malaysia yang lebih luas dan menaik taraf kehidupan komuniti luar bandar.

Salah satu inisiatif paling lama Syarikat ialah Kelab Cili Nestlé, iaitu program perladangan kontrak yang dimulakan pada 1995.

Menerusi kerjasama erat dengan peladang tempatan, program ini membantu mengukuhkan keupayaan pertanian sambil menyediakan bekalan cili segar yang boleh dipercayai bagi Sos Cili MAGGI buatan tempatan.

Kini, program tersebut membekalkan 100 peratus daripada cili segar yang digunakan dalam produk.

Selain itu, Nestlé Malaysia turut memperkukuh pembelian koko tempatan dengan bekerjasama bersama peladang untuk meningkatkan kualiti biji koko, produktiviti penanaman dan bekalan koko tempatan bagi kegunaan produknya.

Segala usaha ini membantu membina rantaian bekalan tempatan yang lebih kukuh dan menyokong pembangunan jangka panjang sektor koko Malaysia.

Seorang peladang turut serta, Mohamad Azimi Kassim berkata, menerusi kerjasama dengan Nestlé, pihaknya telah berjaya mengukuhkan amalan pertanian dan mening­katkan hasil dan juga kualiti tanaman.

“Kami berbangga dan sedar bahawa apa yang kami tanam menjadi sebahagian daripada produk yang dinikmati oleh keluarga-keluarga di serata Malaysia,” ujarnya.

Ketua Hal Ehwal Halal, Nestle Malaysia, Nasrul Hadi Mohamed Nor (kiri) memperlihatkan rantaian halal bersepadu syarikat.

Komitmen kecemerlangan halal

Keselamatan dan kualiti sama-sama diutamakan dengan komitmen jangka panjang Nestlé Malaysia kepada kecemerlangan halal. Semua produk yang dikeluarkan oleh Nestlé Malaysia disahkan halal, disokong oleh proses rapi yang menjaga integriti halal dalam persumberan, pengilangan, simpanan dan pengedaran.

Proses halal Syarikat telah diperincikan berasaskan kerjasama selama berdekad-dekad dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berbekalkan komitmen bersama untuk menyokong piawaian kualiti, integriti, dan keyakinan pengguna yang tertinggi.

Sebagai Pusat Kecemerlangan Halal Global Nestlé, Nestlé Malaysia juga berkongsi kepakaran dan amalan terbaik Halal dalam seluruh Kumpulan Nestlé yang lebih luas, sambil mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin global dalam kepakaran dan pematuhan halal.

Buatan Malaysia, oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia

Komitmen Nestlé Malaysia kepada kualiti dizahirkan menerusi jejak pembuatan tempatan yang kukuh, yang telah sekian lama memenuhi keperluan pengguna Malaysia untuk lebih daripada seabad.

Hari ini, produk yang dinikmati berjuta-juta rakyat Malaysia dihasilkan di kompleks perindustrian syarikat di Shah Alam, Selangor dan Chembong, Negeri Sembilan dan juga kilang pengeluaran MAGGI di Kuching, Sarawak, dengan produk jenama-jenama ke­gemaran Malaysia dikeluarkan oleh tenaga kerja kilang yang terdiri daripada 100 peratus rakyat Malaysia, lantas menggabungkan kepakaran tempatan dengan piawaian global dan amalan terbaik Nestlé.

Komitmen terhadap kualiti ini dipegang berteraskan Sistem Pengurusan Nestlé, sebuah rangka kerja komprehensif yang mentadbir urus keselamatan dan kualiti makanan meliputi seluruh rantaian nilai iaitu daripada pemerolehan ramuan dan pengurusan pembekal kepada pembuatan dan pengedaran.

Semua kilang Nestlé Malaysia mempunyai persijilan yang mematuhi piawaian diiktiraf antarabangsa, termasuk FSSC 22000 dan ISO 9001, dan beroperasi menurut Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan prinsip Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), sambil memenuhi keperluan peraturan Malaysia.

Dengan kerjasama Pusat R&D Nestlé di Singapura, Nestlé Malaysia memanfaatkan kepakaran saintifik dan teknologi termaju untuk memastikan produk-produknya me­­menuhi piawaian keselamatan, kualiti dan khasiat pemakanan yang tertinggi.

Produk juga menjalani ujian analitis terperinci di Pusat Jaminan Kualiti, termasuk mikrobiologi, kimia dan penilaian alam sekitar, untuk memastikan ia memenuhi keperluan keselamatan, kualiti dan pematuhan ketat.

Alat digital dan AI, serta sistem data masa sebenar, kini memainkan peranan semakin besar dalam usaha mengukuhkan pemantauan, kawalan kualiti dan penjejakan di seluruh operasi.

Kakitangan Nestlé Malaysia menjalankan pemeriksaan kualiti di fasiliti pembuatan Syarikat, di mana produk dihasilkan oleh tenaga kerja kilang yang terdiri sepenuhnya daripada rakyat Malaysia bagi memastikan tahap keselamatan, kualiti dan konsistensi tertinggi.

Ketua Kualiti & Teknikal, Nestlé Malaysia & Singapura, Xolile White berkata, tiada tolak ansur terhadap keselamatan dan kualiti makanan di Nestlé.

“Kualiti diterapkan dalam setiap peringkat operasi dan diperkukuh menerusi piawaian teliti, kepakaran saintifik dan budaya kerja yang berteraskan integriti.

“Setiap hari, kami bertekad untuk melindungi integriti produk dan memenuhi kepercayaan yang dile­takkan oleh rakyat Malaysia terhadap jenama-jenama kami sejak turun-temurun,” tegasnya.

Tanggungjawab yang dipikul dengan penuh bangga

Aranols merumuskan, “Komitmen kami terhadap kualiti bukan sekadar janji, malah satu tanggungjawab yang kami pegang teguh.

“Setiap hari, kami berusaha untuk memastikan produk yang dikenali dan digemari rakyat Malaysia dihasilkan dengan kualiti, penjagaan dan perhatian yang selayaknya dite­rima mereka.

“Kami menganggap kualiti sebagai faktor utama yang membina kepercayaan terhadap jenama.

“Kami juga memastikan bahawa piawaian tinggi ini dipenuhi di seluruh rantaian nilai dengan terus meningkatkan keupayaan pembekal, rakan niaga dan pasukan kami sendiri, sambil membantu memenuhi komitmen kami terhadap setiap produk yang kami jual.”

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN