fbpx
Karnival Pelancongan Islam PAPUH – Muslim Travel Fair 2026 bakal menemui pengunjung di Kompleks PKNS Shah Alam bermula 31 Julai hingga 2 Ogos.

Jangan mudah tergoda pakej umrah murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bakal jemaah umrah diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pakej umrah pada harga terlalu murah kerana ia berisiko mengundang penipuan dan menyebabkan mereka terkandas.

Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Dr. Fathir Alhadad Badri berkata, masyarakat perlu lebih berhati-hati dan tidak menjadikan harga sebagai faktor utama ketika memilih pakej umrah.

Menurut beliau, kos sebenar perjalanan umrah mempunyai kadar tertentu yang perlu ditanggung oleh pengendali, justeru tawaran pada harga luar biasa murah sepatutnya menimbulkan persoalan.

“Kalau ada pihak menawarkan pakej umrah pada harga RM3,000 atau RM4,000 sahaja, sedangkan tiket penerbangan pun sudah sekitar RM3,600 hingga RM4,000, orang ramai perlu bertanya bagaimana pakej itu boleh ditawarkan. Ia sesuatu yang tidak logik,” katanya pada sidang akhbar sempena Karnival Pelancongan Islam PAPUH – Muslim Travel Fair 2026 di sini.

Turut hadir Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Muhammad Mursyid Abu Hassan serta wakil penaja, Ketua Pembangunan Perniagaan Islam dan Perniagaan Syariah Kumpulan RHB, Ishak Othman dan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Shah Alam, Huzaimi Ali.

Dr. Fathir menjelaskan bahawa ramai pengguna masih mudah terpengaruh dengan promosi potongan harga yang tinggi tanpa menyemak latar belakang syarikat, lesen operasi dan keupayaan agensi melaksanakan perkhidmatan yang dijanjikan.

Sementara itu, Muhammad Mursyid berkata, penganjuran karnival tersebut bukan sekadar menawarkan jualan pakej umrah, malah bertujuan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap industri pelancongan Islam.

Katanya, semua syarikat yang mengambil bahagian perlu memenuhi syarat yang ditetapkan PAPUH bagi memastikan kualiti perkhidmatan serta pematuhan kepada standard industri sentiasa terpelihara.

Muslim Travel Fair 2026 akan berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam dari 31 Julai hingga 2 Ogos depan dengan penyertaan 56 syarikat termasuk 52 pengendali umrah, selain syarikat penerbangan, institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan pelancongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN