fbpx
MUHYIDDIN dalam sidang media pada pelancaran manifesto Bersatu sempena Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan ke-16 di Nilai hari ini. FOTO oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!

Peruntukan sama semua ADUN tidak kira parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjanji menggubal undang-undang bagi memastikan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Negeri Sembilan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira parti politik, jika diberi mandat mentadbir negeri itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu antara tawaran dalam manifesto bagi memastikan semua wakil rakyat dapat membantu penduduk di kawasan masing-masing secara adil.

Beliau berkata, peruntukan kepada wakil rakyat bukan untuk kegunaan peribadi, sebaliknya disalurkan bagi membantu rakyat mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Sebagai contoh, saya pernah menjadi Perdana Menteri dan ketika itu semua ahli Parlimen menerima peruntukan tanpa mengira parti.

“Malangnya, kerajaan pusat hari ini tidak berbuat demikian. Saya sendiri sebagai wakil rakyat tidak menerima satu sen pun peruntukan.

“Kalau Bersatu mentadbir Negeri Sembilan dan memenangi 23 kerusi sekalipun, ADUN pembangkang yang berbaki tetap akan menerima jumlah peruntukan yang sama,” katanya dalam sidang media pada pelancaran manifesto Bersatu sempena Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan ke-16 di Nilai hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN