fbpx
NOR AZMAN (dua dari kanan) amat dikenali jemaah di DUN Sikamat kerana pernah berkhidmat sebagai imam selama tujuh tahun.

‘Siapa tak kenal Ustaz Azman, imam masjid’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang warga emas menyifatkan calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Sikamat, Nor Azman Mohamad amat dekat dengan hati penduduk kerana telah lama mengenalinya sebagai bekas Imam Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng, di sini.

Hamdan Abdullah, 77, berkata, beliau selesa dengan keperiba­dian Nor Azman yang lebih mesra dipanggil Ustaz Azman.

“Bagi saya jangan pandang parti, pandang orang (calon), Ustaz Azman sudah lama ber­khidmat di sini dan kita kenang jasa beliau.

“Saya kenal Ustaz Azman dah lebih lima tahun, siapa tak kenal dulu imam masjid di sini,” katanya ketika ditemui semasa Nor Azman berkempen di Sikamat, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Nor Azman berkata, beliau telah lama turun padang dan bertemu dengan masyarakat tempatan malah pernah berkhidmat sebagai Imam Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng, Sikamat selama tujuh tahun sejak 2004 hingga 2011.

“Rata-rata masyarakat terutama kariah masjid tersebut me­ngenali saya sebagai imam yang memimpin solat atau pernah menikahkan anak mereka.

“Di samping itu, saya banyak mengisi kuliah-kuliah di masjid dan surau di DUN Sikamat, jadi mereka mengenali saya dari situ,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN