fbpx
SKUAD negara bakal turun menentang Myanmar Sabtu ini sebelum aksi berikutnya bertemu Laos, Thailand dan Filipina. - AFP

Piala ASEAN: Elak pemain tanggung beban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Harimau Malaya digesa supaya tidak terlalu tertekan dalam usaha memburu keputusan positif menjelang aksi pembuka tirai Piala ASEAN 2026 menentang Myanmar dalam Kumpulan B di Stadium Thuwunna, Yangon Sabtu ini.

Jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin percaya skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu fokus satu perlawanan ke satu perlawanan tanpa meletakkan beban ke atas pemain.

Kata Sulaiman, tidak wajar untuk letakkan sasaran tinggi pada kejohanan dwitahunan berprestij itu dan lebih baik fokus satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Saya rasa lebih baik kita beri tumpuan pada setiap peringkat. Kita tengok dahulu pasukan boleh lepas atau tidak pada peringkat kumpulan kali ini.

“Di atas kertas, sepatutnya sasaran awal pasukan ini mara ke separuh akhir, tetapi dalam masa yang sama kita tidak mahu berikan beban kepada pemain terutama tonggak muda (yang dipanggil),” katanya.

Sebagai rekod, skuad senior negara melakukan persiapan singkat menjelang saingan kali ini apabila hanya dikumpulkan dalam kem latihan pusat pada 15 Julai lepas sebelum berlepas ke Myanmar pada hari ini.

Sementara itu, pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli pula beranggapan Cheng Hoe perlu guna pengalaman yang ada untuk membantu skuad Harimau Malaya melakar kejutan pada kempen kali ini.

“Dengan pengalaman yang ada pada Cheng Hoe, saya rasa pasukan kena cuba untuk lolos ke separuh akhir. Kalau main tanpa tekanan pun tidak boleh dan kita kena letak juga sasaran pada pasukan ini,” katanya.

Pada edisi 2024, skuad negara terkandas pada peringkat kumpulan dengan kali terakhir skuad bergelar ‘raja’ bola sepak Asia Tenggara adalah ketika muncul juara edisi 2010.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN