fbpx
Anwar ketika di program Generasi Muda, Suara Baharu yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Laman MBPJ, di sini hari ini. AMIR KHALID/KOSMO!

RM44.5 juta untuk projek tebatan banjir di PJ, Subang – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM44.5 juta bagi melaksanakan 30 skop kerja mitigasi banjir di kawasan panas (hotspot) sekitar Petaling Jaya dan Subang yang kini sedang dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu dipersetujui hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda beberapa kawasan di lokasi berkenaan.

“Kita telah berbincang mengenainya sejak tahun lalu dan mencapai persetujuan bersama Kerajaan Selangor.

“Kita telah meluluskan 30 skop kerja mitigasi banjir di kawasan hotspot sekitar Petaling Jaya dan Damansara dengan peruntukan RM44.5 juta yang kini dalam pelaksanaan,” katanya ketika berucap pada program Generasi Muda, Suara Baharu yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Laman MBPJ, di sini hari ini.

Menurut Anwar, pelaksanaan projek berkenaan membuktikan kerajaan mendengar keluhan penduduk yang berdepan masalah banjir dan mengambil tindakan segera bagi mengurangkan risiko di kawasan terlibat.

Jelas beliau, kerajaan komited memastikan semua projek yang telah diluluskan dilaksanakan mengikut perancangan supaya manfaatnya dapat dirasai penduduk secepat mungkin.

Menurut Anwar, usaha itu merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur dan menangani isu yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN