fbpx
Koperal Norazmi dan Prebet Siti Khadijah maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akibat letupan bom di Kem Hobart pada 16 Jun lalu.

Insiden Kem Hobart: Tuas keselamatan terlepas punca letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tuas keselamatan grenad dipercayai terlepas sebelum balingan disempurnakan dikenal pasti sebagai punca insiden letupan ketika latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada 16 Jun lalu.

Insiden tersebut telah mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesimpulan itu diperoleh hasil siasatan menyeluruh yang dijalankan Tentera Darat menerusi Lembaga Siasatan (BOI).

Jelasnya, siasatan melibatkan penelitian terhadap aspek teknikal, pematuhan prosedur operasi standard (SOP), bukti di lokasi kejadian serta keterangan saksi sebelum laporan lengkap dikemukakan kepada kementerian.

“Berdasarkan kedudukan letupan, bukti di lokasi kejadian serta analisis kesan
kecederaan, siasatan mendapati tuas keselamatan dipercayai telah terlepas
sebelum balingan disempurnakan.

“Pembaling mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan tangan kanan, manakala pengasuh mengalami
kecederaan serius pada bahagian kepala, badan dan anggota sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, corak kecederaan yang dialami kedua-dua anggota adalah selaras dengan dapatan bahawa grenad telah berfungsi sebelum sempat dibaling dan meletup ketika masih berada berhampiran bahagian atas mangsa.

Bagaimanapun, katanya, tiada saksi yang melihat detik sebenar kejadian menyebabkan siasatan tidak dapat memastikan pada ketika mana tuas keselamatan itu terlepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN