fbpx
Nevirizal menyerahkan surat perletakan jawatan susulan isu anak perempuannya yang menayangkan kekayaan di media sosial semalam. - ANTARA

Pegawai kerajaan letak jawatan gara-gara anak tayang kekayaan di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pembantu Kerajaan Wilayah Khas Aceh dan Kebajikan Sosial (Pembantu I) Sekretariat Kabupaten Gayo Lues, wilayah Aceh, H. Nevirizal meletak jawatan semalam selepas klip video anak perempuannya yang menayangkan kekayaan tular di media sosial, lapor agensi berita ANTARA. 

“Saya membuat keputusan ini dengan kesedaran dan tanggungjawab susulan isu yang dibangkitkan mengenai tingkah laku ahli keluarga saya, sehingga menimbulkan kontroversi dan menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap tempat saya berkhidmat,” kata Nevirizal dalam satu kenyataan di Meulaboh, Aceh Barat semalam. 

Dalam satu wawancara, Nevirizal menyatakan surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada Wakil Bupati Gayo Lues, H. Maliki. 

“Demi menjaga nama baik institusi dan memberi peluang agar proses penilaian dan penambahbaikan berjalan dengan lancar, saya memilih untuk meletak jawatan,” tambahnya. 

Sementara itu, anak perempuan Nevirizal, Dea Arranoya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai, terutamanya kepada masyarakat Gayo Lues.

Salah satu rakaman video yang mencetuskan kecaman orang ramai ialah adalah pada 9 Disember 2025 di mana Dea menunjukkan deretan tin yang berisi bahan api, ketika penduduk berdepan masalah ekonomi.

“Saya mengakui kesilapan saya dan tidak mencari sebarang justifikasi atas tindakan saya. Video-video tersebut adalah hasil daripada kecuaian, ketidakmatangan dan kekurangan kebijaksanaan saya dalam menggunakan media sosial,” tulis Dea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN