fbpx
Aminuddin

Kata-kata Asyraf Wajdi cukup biadab – Tok Min

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bahawa Anthony Loke Siew Fook akan menjadi Menteri Besar sekiranya beliau tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi sebagai biadab.

Aminuddin berkata, Asyraf Wajdi sebagai seorang pemimpin sepatutnya lebih bijaksana dan berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan, khususnya membabitkan Institusi Diraja dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Saya nak tegur Asyraf Wajdi, saya merasakan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijaksana, tetapi apabila beliau mengatakan bahawa kalau saya kalah di Linggi, Anthony Loke akan jadi Menteri Besar, saya rasa ini satu perbuatan yang cukup biadab,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berkempen di Kampung Pengkalan Durian, Linggi di sini hari ini.

Jelas Aminuddin, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan kerana jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Kita tahu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa yang boleh menjadi Menteri Besar adalah orang Melayu.

“Saya minta seluruh pimpinan UMNO menegur pemimpin yang biadab ini kerana ia seolah-olah melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Undang Yang Empat,” katanya.

Beliau turut meminta Asyraf Wajdi yang juga Pengerusi Mara memohon maaf bukan sahaja kepadanya, malah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan seluruh rakyat negeri ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN