fbpx
Ahmad Samsuri pada sidang akhbar selepas pelancaran manifesto PN di Ampangan, hari ini. FOTO oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

Tiada halangan Sanusi datang berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan tiada sebarang halangan untuk Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, turun berkempen di Negeri Sembilan.

Menurut Samsuri, beliau mengambil maklum pandangan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, namun kehadiran Sanusi bergantung kepada jadual tugasnya di negeri.

“Sama seperti saya, beliau juga Menteri Besar. Di samping berkempen, kami ada tanggungjawab mentadbir negeri. Kalau dapat datang, datanglah.

“Tiada halangan kepada sesiapa pun untuk datang berkempen,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran manifesto PN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Ampangan, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN