fbpx
Gambar baginda berdua bersama nama puteri sulung yang dikongsi di laman Instagram.

Tengku Alia Amira puteri sulung Raja Muda Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkongsi berita gembira selepas baginda dan isteri, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz diputerakan seorang bayi perempuan pada Selasa lalu.

Melalui perkongsian ringkas di Instagram @Rmsselangor sebentar tadi, Tengku Amir Shah mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kelahiran kelahiran puteri baginda tersebut.

“Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Beta mengumumkan kelahiran puteri kami.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat yang berpanjangan buat anakanda kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami sekeluarga,” titah Tengku Amir Shah.

Berdasarkan hantaran di Instagram itu, Tengku Amir Shah berkenan memilih nama Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah buat puteri sulung baginda.

Terdahulu, Tengku Amir Shah dan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini telah diijabkabulkan pada 25 Oktober tahun lalu di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah.

Istiadat Pernikahan Diraja ini disempurnakan oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN