fbpx
MUHYIDDIN Yassin ketika berucap melancarkan manifesto Bersatu sempena PRN Negeri, Negeri Sembilan ke-16 di Nilai. FOTO oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!

Saya dah jangka percanggahan BN, PN berlaku – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa beliau sudah menjangka akan berlaku percanggahan pendirian antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berhubung bentuk kerjasama politik yang terjalin dalam tempoh berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Menurut beliau, perbezaan kenyataan antara pemimpin kedua-dua pihak yang berlaku ketika tempoh berkempen menunjukkan kerjasama berkenaan masih belum mempunyai persefahaman yang jelas.

“Saya dah jangka dah… belum apa-apa sudah berlaku percanggahan,”katanya
dalam sidang media pada pelancaran manifesto Bersatu sempena Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan ke-16 di Nilai hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan berkaitan cadangan penggunaan nama baharu hasil kerjasama BN dan PN sebagai Perikatan Barisan Nasional (PBN) yang dicetuskan Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Muhyiddin berkata, berdasarkan pengalamannya menguruskan kerjasama politik sebelum ini, beliau memahami cabaran yang timbul apabila sesuatu persefahaman dibentuk tanpa matlamat bersama yang jelas.

“Siapa Hamzah Zainudin… itu pun sudah kena sembelih dah. BN tak setuju,” katanya.

Isu berkenaan timbul selepas cadangan penggunaan nama PBN tidak mendapat persetujuan daripada BN, manakala beberapa pemimpin parti itu menegaskan kerjasama tersebut bukan pembentukan gabungan baharu.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN