fbpx
Abdul Hadi ditemui selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang hari ini.

PRN N. Sembilan: Kerjasama BN, PN bukan wayang, kongsi dasar sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Pas menyangkal dakwaan kononnya kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sekadar wayang politik semata-mata.

Sebaliknya, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang percaya penyatuan kali ini lebih erat kerana parti tersebut dan UMNO yang menjadi tunjang BN memperjuangkan dasar sama iaitu ketuanan Islam dan Melayu.

“(Sebelum ini) perselisihan (Pas dan UMNO) atas perkara cabang, dasar tiada khilaf.

“Pas berdasarkan Islam, UMNO berdasarkan Melayu. Melayu dan Islam tidak berpisah. Kita (Pas dan UMNO) berbalah pendekatan sahaja,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.

BN dan PN menjalin kerjasama politik dengan masing-masing bertanding 25 dan 11 kerusi dalam PRN Negeri Sembilan dijadual berlangsung 1 Ogos ini.

Abdul Hadi berkata, kerjasama BN dan PN sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan sejak hari penamaan calon seminggu lalu berjalan sangat baik.

Menurutnya, pemimpin kedua-dua parti gabungan telah berkempen bersama-sama malah beliau juga dijadual turun ke Negeri Sembilan pada minggu depan.

“Kita hendak pastikan orang Melayu Islam memerintah Negeri Sembilan. Undi calon Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem daripada BN dan PN.

“Orang bukan Islam jangan takut kerana agama dan politik tidak berpisah dalam Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN