fbpx
ANGGOTA bomba membawa mangsa yang patah kaki turun di Bukit Fraser dekat Raub hari ini.

Pendaki wanita patah kaki ketika mendaki Bukit Fraser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Keterujaan 20 pendaki melakukan aktiviti mendaki di Bukit Fraser berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan dipercayai patah kaki akibat terjatuh ketika pendakian semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.13 tengah hari semalam itu mangsa Salina Zainal Abidin,43, mengalami patah kaki kanan ketika melakukan pendakian ke puncak setinggi 1.505 meter.

Operasi menyelamat mangsa juga begitu mencabar apabila pihak bomba terpaksa melakukan pendakian sejauh 2.7 kilometer dan membawa mangsa turun dengan mendukung, memapah dan mengangkat menggunakan pengusung susulan laluan trek yang berbukit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.06 tengah hari semalam berjaya membawa mangsa turun pada pukul 7 pagi, hari ini.

“Pasukan bomba sampai di kaki bukit dan perlu menaiki bukit sejauh 2.7 kilometer yang mengambil masa selama tiga jam untuk sampai. Anggota bomba membawa turun mangsa dengan mendukung, memapah dan mengangkat menggunakan pengusung susulan laluan trek yang berbukit, ” katanya di sini hari ini.

Tambahnya mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Raub untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN