KUALA LANGAT – Suasana di Sungai Manggis, Banting di sini, gempar apabila seekor buaya dianggarkan sepanjang 10 kaki atau lebih tiga meter ditemukan terperangkap di dalam longkang berdekatan sebuah stesen minyak hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 9.07 pagi.
“Operasi menangkap reptilia itu kemudian dijalankan anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting yang berada di lokasi,” katanya pagi ini.
Tambah Ahmad Mukhlis, kerja menangkap buaya itu masih giat dijalankan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat. – KOSMO! ONLINE














