Kebakaran gudang yang berlaku di Jalan Chan Sow Lin, pagi ini. Foto MEDIA SOSIAL

[VIDEO] Gudang kereta potong terbakar di Sungai Besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah premis dipercayai gudang kereta potong terbakar dalam kejadian di Jalan Chan Sow Lin, Sungai Besi di sini, awal pagi tadi.

Kebakaran kira-kira pukul 5.53 pagi itu menyebabkan api marak membabitkan kawasan premis berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu serta enam balai bantuan ke lokasi.

Menurutnya, jentera bomba tiba pada pukul 6.03 pagi dan mendapati api sedang marak.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sebanyak 90 peratus.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman secara ofensif dan defensif dari keempat-empat sisi bangunan selain melaksanakan tindakan pembendungan bagi mengelakkan api merebak ke bangunan berhampiran,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.03 pagi, namun kerja-kerja pemadaman masih diteruskan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN