fbpx

LHDN buru individu miliki kekayaan tidak setimpal pelaporan cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Tariq berucap pada Majlis Sesi Libat Urus Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri bersama Media 2024, di Hotel Sunway Putra, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memberi fokus kepada individu yang mempunyai aset serta kekayaan yang tidak setimpal dengan pelaporan cukai yang telah dibuat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, di bawah undang-undang cukai, LHDN boleh membuka sesuatu kes bagi tempoh lima tahun ke belakang dan tiada had masa yang ditetapkan jika ada elemen kecuaian serta penipuan dibuat.

“Pihak kami akan meneliti maklumat individu yang menyimpan wang di luar negara yang diterima secara berkala daripada pihak berkuasa cukai seluruh dunia. Maklumat ini diterima daripada pihak berkuasa cukai dari seluruh negara.

“Semakan dan risikan akan dilaksanakan bagi memastikan cukai telah dibayar terhadap simpanan yang ada di luar negara, sekiranya simpanan berkenaan berpunca atau hasil daripada aktiviti dalam negara,” katanyaselepas mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Media di Hotel Sunway Putra di sini hari ini..

Abu Tariq berkata, tumpuan LHDN adalah kepada akaun dan aset asing dan pihaknya akan membandingkan pengisytiharan pendapatan yang dibuat, jika didapati tidak setimpal dengan pengisytiharan pendapatan yang dibuat, maka pihaknya akan membuat semakan lanjut.

Selain itu, Abu Tariq berkata, LHDN juga akan memberi tumpuan khusus kepada mana-mana individu atau mana-mana syarikat yang menjana pendapatan melalui aktiviti dalam talian.

Katanya, LHDN akan mengenalpasti sama ada pelaporan cukai telah dibuat terhadap pendapatan yang diterima melalui medium tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI